TANJUNG BRUAS PORT ANJUR KEMPEN KESEDARAN ANTI DADAH 2023
Jabatan Keselamatan Tanjung Bruas Port Sdn Bhd (Tanjung Bruas Port), ahli Kumpulan MMC telah menganjurkan Kempen Kesedaran Anti Dadah 2023 - Pelabuhan Bebas Dadah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (IPK Melaka), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah dan agen perkapalan MR Marine Group. Penceramah Amin Fitri Bin Adnan dari AADK dengan moto "MEMBANTERAS DADAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA". Program anti dadah ini telah dirasmikan oleh Tuan DSP Shah Gopal A/L Gopal Krisnan.