Melaka sedia khidmat hantar kontena guna jalan laut - MELAKA HARI INI
Melaka sedia khidmat hantar kontena guna jalan laut - MELAKA HARI INI

Melaka menjadi negeri pertama menyediakan perkhidmatan ‘feeder service’ iaitu penghantaran kontena menggunakan jalan laut dari Pelabuhan Tanjung Bruas ke Pelabuhan Klang.

Perkhidmatan itu sekali gus menjadi titik permulaan baharu dalam merancakkan kegiatan maritim, selain memangkin pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad Datuk Ginie Lim Siew Lin berkata, sebagai agensi pemudah cara dalam bidang perniagaan dan pelaburan, pihaknya mengambil inisiatif untuk menguar-uarkan perkhidmatan tersebut kepada pemain industri terlibat.

Katanya, menerusi sesi dialog bersama penyedia perkhidmatan dan pemain industri, inisiatif tersebut mendapat sambutan cukup menggalakkan apabila disertai kira-kira 65 buah syarikat dan 86 wakil dari seluruh Melaka.

 

Read full news at the link below :

NEWS SOURCE :
https://www.melakahariini.my/melaka-sedia-khidmat-hantar-kontena-guna-jalan-laut/